yipppieee, menjadi gaks kek gula hangus kukus nih... tp kalernya kureng hangus, patut kena bg nama kek gula tak berapa hangus kukus.. miahahhhahaha
Apa2 pon harap Fida ske n enjoy...
ok, kalo nk cuba ini resipi dia:
Bahan2;
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 1/2 sd makan butter
4 bj telur
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan tepung
1 sdk soda bikarbonat
sedikit esen ros
Cara2:
1) Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus
2) Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit (perlu berhati2 kerana gula akan bertindak balas)
3) masukkan butter, biarkan mendidih kemudian biarkan ia sejuk
4) Dalam bekas lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang
5) Masukkan susu, diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat. Dipukul hingga sebati
6) Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi
7) Pukul hingga rata, masukkan dlm loyang bulat 6"
8) Peram 3 - 4 jam
9) tutup dgn aluminium foil dan kukus selamat 1 1/4 jam atau hingga masak.
1 comment:
salam..kak tak der resepi ker kak..hihihi
Post a Comment