Sunday, October 09, 2011

Brownies Cheese Recipe








semenjak bday Mok last week, ahli rumah ni cant stop asyik nk makan brownies cheese jerks...



brownies ni mmg yummy, dlm byk2 resipi yg pernah cuba, yg ini the best, ikut anak tekak kami lerr :-) .... kalo nk cuba ini dia resipi (ambil dari internet, kalo x silap dari Maklang azie..)



Bahan-bahan brownies:

250g mentega

1 cawan serbuk koko

1 1/2 cawan gula halus

1/2 cawan susu cair

3 biji telur

1 1/2 cawan tepung

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat



cara-cara

1) cairkan mentega secara double boil

2) masukkan serbuk koko dan gula - kacau

3) masukkan susu cair dan telur - kacau hingga sebati

4) masukkan tepung, soda dan baking powder - kacau lagi hingga rata

5) masukkan dlm loyang 10" x 10" dan bakar 20 minit (tinggal kan 1 sudu untuk topping)

6) sementara itu sediakan cream cheese



bahan-bahan

250g cream cheese

1 cawan gula halus

1 bj telur



7) Pukul kesemua bahan hingga rata

8) Bila lapisan bawah masak (selepas dibakar 20minit tadi)

9) keluarkan dari oven dan ratakan lapisan cheese di atas lapisan chocolate

10) lorekkan lebihan choc tadi di atas lapisan cheese

11) bakar lagi selama 20 -25 (hingga masak)



selamat mencuba!




p/s tp kalo agak2 kurang masa, boleh jer oder dari d'little kitchen... ahaks! =)








2 comments:

sweet thots said...

the best eh? x ingat penah cuba ke x resepi ni. nnt nk try gak la.

dlittlekitchen said...

hee.. sedap tu subjective.. ini ikut tekak anak kitaorg.. hehehe haritu pon bwk dtg office, tp xdpt ler nk distribute ramai2.. tp ramai kata sedap.. (ramai tu jiran2 meja kat tmpt i...)heheheh